Robot Gundam Setinggi 18 Meter

by BOBsempoi on 20/04/2012

  • Sharebar

Anime Gundam merupakan antara anime kegilaan menusia pada masa dahulu dan ada yang setia meminatinya hingga kini. Bagi mereka yang tidak tahu apa itu Gundam, Gundam ialah salah satu siri anime berepisod yang menampilkan robot gergasi atau ‘mecha’ yang direka oleh Sunrise. Gundam ialah nama am bagi siri Universal Century (UC) seperti Mobile Suit Gundam dan siri-siri di jalur masa alternatif seperti Gundam Wing. Nama “Gundam” berasal daripada beraneka sumber bersifat teori, dan paling kerap dianggap berpunca daripada perlunya untuk berselaras dengan kebiasaan menamakan robot gergasi pada 1970-an. – Wikipedia.

Terbaru, sebuah model saiz sebenar robot animasi popular Jepun, Gundam dipamerkan kepada orang ramai di hadapan sebuah pusat beli-belah di sana. Robot Gundam setinggi 18 meter itu menyambut kunjungan orang ramai ke pusat beli-belah Diver City Tokyo Plaza. Berikut antara gambaran robot Gundam bersaiz sebenar iaitu setinggi 18 meter di Jepun. Klik pada gambar untuk saiz yang lebih besar.

Sumber : AnimeNewsNetwork & Suffer8zine Terrirory

Nota Kaki : Memang ‘nice’ menatang gundam besar gedabak ni.. Tapi, bukankah ia satu pembaziran?

Incoming search terms:

  • pusat beli-belah yang terbesar dan tersunyi di dunia
  • pusat beli-belah yang tersunyi
  • pusat beli-belah yang tersunyi di dunia

{ 1 comment… read it below or add one }

Luqman Hakim May 3, 2012 at 10:29 pm

wow….tinggi giler
Luqman Hakim recently posted..Berita Kematian Bob Kuman | Bob Kuman Meninggal Dunia | Al-FatihahMy Profile

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: