Memang Hidup di‘Design’ Sebegini ker?

by admin on 04/04/2012

  • Sharebar

Orang kata kehidupan bermula pada umur 40 tahun. Tapi yang pastinyanya kehidupan itu bermula setiap kali kita bangun dari tidur. Rutin harian bermula seawal 6 pagi. Pergi kerja sebelum matahari terbit dan pulang apabila matahari tenggelam. Pergi gelap balik gelaplah kata orang. Satu pengorbanan demi memenuhi keperluan hidup.

Zaman sekarang kalau ada gaji 5 ribu tapi tinggal di bandar anak 2 orang. Alhamdulillah, ok jelah.  Tetapi yang memeritkan apabila bahan keperluan asas meningkat harga macam minyak, kos perubatan dan pendidikan. Itu tidak cerita bahan kegunaan dapur dan lain-lain lagi.

Penyelesaian

Sebagai langkah penyelesaian, suami dan isteri perlu keluar bekerja bagi menampung perbelanjaan seisi keluarga. Urusan anak-anak pula, terpaksa serahkan pada pengasuh, taska ataupun bibik. Setiap hari kita hanya ada 3 jam sahaja ’ sisa waktu’ untuk bersama mereka. Kadang-kala tertanya juga, Adakah hidup memang di design sebegini rupa?  

Mungkin ia berlaku kepada kebanyakan orang, maka kita rasa ia normal. Tiada sesiapa yang  dipersalahkan dalam hal ini. Kita hanya tidak tahu bagaimana untuk menangani masalah ini dan tiada siapa yang bagi kesedaran serta tunjuk jalan keluar.

Ordinary people says, “Life is happening to me” ;

but extraordinary people says, “I am creating my life”
Mungkinkah sebegini berterusan?  Kita tiada daya upaya mengubah manusia mahupun keadaan.  Suka atau tidak, kita perlu lakukan sesuatu. Tuhan pun tak mengubah nasib kita kalau kita tidak usaha untuk kearahnya. Kata-kata hikmah ‘I am creating my life’ memang ada betulnya. Sesuatu mesti  dimulakan sementara badan sihat, muda dan tidak terlambat. Itu pun satu nikmat. J

 Belajar dan Bertindak

Tuntutlah Ilmu sampai ke Negeri Cina.  Ilmu memang perlu ada untuk membuat satu perkara. Nak potong kuku pun kena ada ilmu, nanti luka pulak. J  Apatah lagi untuk lakukan perubahan dalam kehidupan. Perkara ini tidak pula diajar di universiti duhulu. Sebab tu kebanyakan drop-out pun boleh berjaya. Tapi tak payah lah sampai kena jadi drop-out baru boleh berjaya. Belajar perkara baru bukanlah bermaksud kita perlu bersusah payah. Malah, ianya lebih mudah, mengurangkan risiko dan kesilapan serta memendekkan fasa pembelajaran.

Cuba fikirkan sejenak, jika kita mampu mempunyai 2 unit rumah sewa atau pelaburan jangka pendek  yang dapat membantu kita dalam menampung perbelanjaan harian keluarga. Bukankah itu memudahkan?  Bekerja makan gaji tetapi memiliki rumah sewa sebagai  asset? Ianya tidak mustahil dan realiti. Kita hanyalah perlukan panduan untuk memandu kita ke gerbang kehidupan yang lebih selesa.

 Cipta Hidup Impian Anda.

Komited dalam mencipta kehidupan baru daripada sekarang.  Rebut  peluang  terbaik untuk  hadir ke  Multiple Sources of Income Summit 2012 untuk menambah ilmu. Penyampaian ilmu ini dalam Bahasa Inggeris dan bakal diadakan pada 21 April 2012 bertempat di Grand Dorsett, Subang. 5 orang wealth experts dari pelbagai bidang termasuklah hartanah, pelaburan dan sebagainya serta perkongsian  tip/cara pemilihan cabang pendapatan yang sesuai dengan anda. Tip, kaedah termasuklah strategi yang sesuai dengan peredaran semasa-2012 bakal di kongsikan.

Penyertaan hanya  RM78 (sebelum 14  April 2012) dan anda boleh bawa seorang rakan atau pasangan anda dengan PERCUMA. Tidak cukup dengan itu, 100 pendaftaran pertama layak memiliki buku Secret of Milionaire Investors yang bernilai RM49.90 juga dengan PERCUMA.

Untuk mendaftar dan keterangan lanjut, sila klik link dibawah. Tambah ilmu anda, lakukan perubahan kerana anda layak untuk kehidupan yang lebih baik. J

 

Klik sini http://msisummit.com/email/msisummit.html

 

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: