Jangan Ketinggalan Untuk Menyaksikan Anugerah Nasyeed.Com Di Tv Alhijrah, Sejarah Tercipta Irama Bergema.
Bermacam anugerah dah kita dengar, Memandangkan masih belum ada lagi anugerah yang dicipta khusus buat penggiat nasyid tempatan, Nasyeed Edutainment Publishing Sdn Bhd atau Nasyeed.com mengambil langkah baru dengan mewujudkan Anugerah Nasyeed.com. (link siaran Ulangan ‘YOUTUBE’)
Anugerah yang bakal berlangsung di Dewan Muktamar Pusat Islam, Kuala Lumpur, selama dua hari berturut-turut iaitu pada 13 dan 14 April depan, memperkenalkan 13 kategori yang mana enam daripada kategori berkenaan akan diadili sepenuhnya oleh peminat irama nasyid.
Sungguhpun anugerah itu masih lagi baru, ianya bertujuan untuk memberi penghargaan khas buat penggiat nasyid tempatan sekaligus menggalakan penghasilan karya nasyid yang berkualiti secara berterusan. Tambahan pula, Malaysia merupakan The Home Of Contemporary Nasyeed dikalangan penggiat nasyid antarabangsa.
Anugerah Nasyeed.Com bakal mempertandingkan lagu-lagu dalam Carta Nasyeed.Com. Carta yang menggunakan platform aplikasi facebook ini telah bermula sejak Julai 2011 dan mendapat sambutan yang amat baik dari para peminat. Sebanyak 13 Kategori bakal dipertandingkan seperti berikut:
*PEMENANG diwarnakan dengan warna biru*
Kategori Anugerah Nasyeed.com
1. Anugerah Nasyeed Sirah
- All One – Bilal bin Rabah
- Hijjaz – Sumayyah
- UNIC – Balqis
- Mestica – Salahuddin Al Ayubi
- Mu’adz feat Dakmie & Akbar – Ansar Muhajirin
2. Anugerah Nasyeed Cinta
- Ammar Hamdan – Cinta Berikan
- Varianz – Lagu Cinta
- Wildan – Setia Seorang Isteri
- Far East – Saat Lafaz Sakinah
- Inteam & Mestica – Kerana Cinta
3. Anugerah Nasyeed Amar
- Devotees – Berjalan Tanpa Henti
- Akhil Hayy & Mawi – Hamba Mu
- Saujana – Patah Hati
- UNIC – Menuju Wawasan
- Rabbani – Syahadah
4. Anugerah Nasyeed Selawat
- Al Mawlid – Cahaya Seluruh Alam
- Inteam – Dia Muhammad
- UNIC – Binnabil Huda
- R-IF – Insan Terulung
- Inteam & UNIC – Nur Muhammad
5. Anugerah Nasyeed Perjuangan
- Rabbani & Mawi – Inikah Petanda
- Mestica – Kembali Gemilang
- Algebra – Yang Benar Tetap Benar
- Asyraf – Mungkinkah
- Rabbani, Inteam, Saujana, Nowseehart – Bebas Palestin
6. Anugerah Nasyeed Munajat
- Rabbani – Mahabbah
- Mestica – Layar Keinsafan
- Varianz – Pergilah Dunia
- Du’a ft Ustaz Amal – Sahaja Aku Mencintai Mu
- Far East – Menanti di Barzakh
7. Anugerah Susunan Muzik Terbaik
- Inteam – Dia Muhammad
8. Anugerah Video Muzik Terbaik
- Nora Feat Voice of Ummi – Pedoman
9. Anugerah Persembahan Vokal Terbaik
- Rabbani & Mawi – Inikah Petanda
10. Anugerah Lirik Terbaik
- Far East – Menanti di Barzakh
11. Anugerah Lagu Terbaik
- Inteam – Dia Muhammad
12. Anugerah Juara Carta Nasyeed.com
- Rabbani, Inteam, Saujana, Nowseehart – Bebas Palestin
13. Anugerah Khalifah Nasyeed
- Ustaz Sohibul
Tahniah buat semua pemenang, ingatlah kemenangan adalah kejayaan anda semua menganjurkan anugerah nasyeed ini dan meletakkan nasyeed setaraf dengan industri-industri hiburan yang lain. Kami dari krew mediajer mendoakan moga anugerah nasyeed.com ini diteruskan sehingga ke tahun-tahun berikutnya. Walaupun nasyeed dianak tirikan, tidak mengapa kami penyokong tegar akan sentiasa menyokong nasyeed sehingga zaman kegemilangan nasyeed sebelum ini.
Untuk yang ingin menonton anugerah nasyeed.com ini boleh lah klik di link yang kami berikan di bawah.
KLIK SINI TONTON ANUGERAH NASYEED.COM 2012 (YOUTUBE)
Sumber: anakulecha
Nota Kaki: Walaupun AJL dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian takde kategori nasyeed, sekarang ni Nasyeed dah ada anugerah sendiri. Hope terus MAJU. Kitorang(krew) memang peminat nasyeed oh!!, hahaha. Mana taknya dalam phone 80% semua lagu nasyeed. hehehe! chaiyokk!!
Incoming search terms:
- anugerah nasyeed com

{ 0 comments… add one now }