Asal Usul Kad Kuning & Merah

by BOBsempoi on 05/04/2012

  • Sharebar

Adakah kad kuning dan merah telah digunakan sejak bola sepak diperkenalkan? Kad kuning dan merah ini hanya di perkenalkan hanya pada piala dunia tahun 1970 tetapi inspirasinya bermula pada piala dunia tahun 1966 ketika pertemuan England bertemu Argentina pada peringkat suku akhir.

Pengadil perlawanan ketika itu Rudolf Kreitlein yang berasal daripada German telah mengadili perlawanan itu telah memberikan arah kepada kapten Argentina untuk keluar padang tetapi kerana tidak faham bahasa dia tidak mengendahkannya sehingga seorang pengadil bertugas yang berbangsa Inggeris Ken Aston yang pandai berbahasa Sepanyol telah menyuruh kapten Argentina itu keluar padang.

Kerana kesulitan ini telah memberi idea kepada Ken Aston mencari idea bagaimana mengatasi masaalah komunikasi dan idea itu muncul apabila dia melihat TRAFIC LIGHT dan dia telah mengutarakan idea itu kepada FIFA.

Pada piala dunia 1970 pertama kalinya kad kuning dan kad merah di gunakan tapi hanya satu kad kuning yang di keluarkan serta tidak ada kad merah yang diberikan.Walaupun idea ini datang daripada seorang pengadil yang berbangsa Inggeris tetapi dalam LIGA INGGERIS hanya digunakan pada tahun 1976.
Idea ini telah di ikuti oleh sukan lain seperti hoki yang menggunakan tiga warna kad iaitu hjau, kuning dan merah.

Sumber: Just-Sharing.Net

NotaKaki: Hampir setiap sukan mempunyai kad kuning & merah ini. Tapi, tahukah anda tentang asal usulnya?

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: