Aaron Aziz Sanggup Kongsi Trofi Dengan Zed Zaidi?

by Ainul Zamrus on 11/04/2012

  • Sharebar

Terkejut juga kami baca kenyataan Aaron Aziz ni yang dikatakan sanggup berkongsi trofi dengan Zed Zaidi yang sebelum ni hebat mengkritik kemenangannya di ABPBH 2011.

 

Nampaknya bahang isu ini masih belum reda dengan masing-masing masih berbalas-balas kenyataan di media. Kali ini Aaron telah memberikan komen yang agak panjang apabila ditemubual oleh wartawan Galaksi TV9 dan Melodi TV3.

Pemenang Artis paling popular 2011 ini dari pandangan kami sangat tenang menghadapi isu ini. Malah, beliau menyatakan tidak berasa kecewa dengan kenyataan Timbalan Presiden Seniman, Zed Zaidi yang mempertikaikan kemenangan artis luar di pentas anugerah Malaysia.

Aaron juga turut mengakui bahawa isu ini sedikit pun tidak menjejaskan reputasinya dalam industri hiburan ini. Berikut adalah ulasan Aaron dalam temuramah itu :

“Saya tak ada masalah dengan komen macam itu. Bagi saya, orang yang angkut sampah pun berhak komen sebegitu. Benda ini hanya buang masa dan memeningkan kepala saya saja. Saya tak rasa kecewa kerana saya hanya kecewa jika anak saya tak makan. Saya juga tak merajuk atau lari menangis di tepi kerana isu ini tak menjatuhkan saya langsung.

“Lainlah kalau saya ditangkap sebab merompak dan sebagainya, itu baru menjatuhkan karier saya. Bagi saya, pendapat dia tak menjejaskan saya dalam apa aspek sekali pun. Saya tak rasa terjejas sebab memang dah lumrah dunia, tak semua akan suka kita,” ujarnya ketika ditemui selepas siaran langsung program Wanita Hari Ini, petang tadi.

“Saya tahu isu ini pun dari isteri saya yang terbaca di Twitter. Saya sendiri memang tak suka baca benda yang menjatuhkan orang lain, tidak membina serta yang tidak memajukan industri kita. Saya terkejut kerana masa jumpa di ‘post-party’, kami bertegur dan bersalaman seperti biasa. Saya sendiri tak tahu sama ada dia ada masalah dengan saya atau dengan keputusan.

“Apa-apapun, saya dah menjangkakan isu ini akan berlaku. Tapi, kenapa tahun lepas saya menang Anugerah Skrin, tak timbul pun isu ini. Saya bukannya datang sebagai pendatang haram. Saya datang dari Singapura pun bukan semalam. Malah, saya ambil masa lama untuk berada di tahap sekarang. Jika saya tak menang pun, saya akan sentiasa terus menyokong industri tempatan. Saya tidak akan pernah putus asa dan akan terus berusaha keras untuk mendapatkan persaingan yang sihat.”

“Kita makin lama makin pandai bukan makin bodoh. Bukan senang nak mempengaruhi minda orang Melayu sebab orang Malaysia sekarang dah pandai berfikir. Saya tak ada masalah untuk berlakon dengan dia selepas ini. Saya faham dia masih muda dan tak matang lagi. Namun, kalau terus berperangai macam budak kecil, lebih baik main kat taman permainan atau tepi pantai. Malah, jika dia nak sangat trofi ini, saya tak kisah. Saya ada dua, jadi boleh kongsi,”

Sinis juga komen yang Aaron berikan diatas. Mungkin Aaron sendiri sudah penat melayan isu seperti ini sehingga keluar kenyataan yang kononnya Aaron Aziz sanggup untuk berkongsi trofi dengan Zed Zaidi.

Sumber: digg.com

Nota Kaki:Susah jadi retis ni =,=

{ 1 comment… read it below or add one }

Akulah.com April 18, 2012 at 10:25 pm

macam menyindir je tngk.. hehe
Akulah.com recently posted..Tips “Hot” mengenali wanita/lelaki melalui pergerakkan tanganMy Profile

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: