Telefon Pintar Mampu Milik Buatan Malaysia

by admin on 22/02/2012

  • Sharebar

KUALA LUMPUR – Telefon pintar baharu yang akan dipasarkan di Malaysia menjelang April, menyasarkan segmen pasaran mampu milik.

Telefon berharga di bawah RM500 itu dimajukan dan dikeluarkan di Malaysia oleh sebuah syarikat tempatan, DMD Mobile Sdn Bhd.

Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Dr Mohammed M. Daud, berkata syarikat itu sedang berunding dengan penyedia-penyedia perkhidmatan telekomunikasi bagi “DMD Android Smartphone Communicator”, yang mempunyai kapasiti menampung rangkaian 3.75G dan kelajuan 650 Mhz bagi pemproses utama.

“DMD Android Smartphone Communicator dengan ciri Komunikasi Medan Dekat serta ciri-ciri dan aplikasi khusus lain, boleh menjadi penanda aras bagi industri ini di negara ini,” katanya pada majlis pelancaran telefon pintar itu di sini hari ini.

Mohammed berkata telefon itu ditawarkan dengan platform perkhidmatan lengkap bagi pasaran prabayar, termasuk komunikasi bersepadu dan sembang, emel mudah alih dan rangkaian sosial.

“Ia akan ditawarkan bersama dengan pakej mudah alih dan komunikasi dalam talian dengan bayaran RM10 sebulan,” katanya.

Menurutnya DMD Mobile akan juga memasarkan telefon itu di Asia Selatan dan Timur Tengah.

“Kami akan melancarkan pemasaran antarabangsa pada Kongres Mudah Alih Sedunia di Barcelona pada 28 Feb,” katanya.

Mohammed berkata telefon pintar itu merupakan pencapaian penting dan ia membuktikan bahawa syarikat-syarikat Malaysia mampu mencipta inovasi dan bersaing dalam sektor telefon mudah alih.

Beliau berkata Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menyediakan sokongan Penyelidikan dan Pembangunan bagi projek itu. – Bernama

sumber: Sinar Harian

Nota Kaki: Bagus la bila Malaysia dah mampu nak bersaing dalam dunia teknologi ni, cuma jangan la mula dari bawah. Terus buat yang canggih jer. heheh! baru boleh bersaing cepat. sebab orang sekarang dah gila gadget canggih-canggih. Kalau harga rm500 iphone 3gs 2nd leh dapat dah. Hehe!

Incoming search terms:

  • telefon 9
  • 9 technology phone malaysia
  • 9 technology phone
  • nine technology phone malaysia
  • 9technology
  • telefon nine
  • telefon 9 technology
  • 9 technology malaysia
  • 9 phone malaysia
  • telefon nine technology

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: