
Haiyo, kecoh kat internet pulak kisah seorang pemimpin sebuah parti politik di Malaysia ni ditangkap Khalwat. Namun setelah mencari(google) jumpa la yang dikatakan ‘jawapan’ kepada persoalan tersebut.
Katanya ini yang dikatakan oleh si tertangkap itu sendiri Ustaz Badrul Amin. So meh baca dan pahami. (dibawah adalah kenyataan daripada tertuduh)
Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuantan.
Saya ke Kuantan untuk menghadiri Temurapat Pemimpin Parti Keadilan Rakyat pada 24 Februari sehingga 26 Februari 2012. Saya mengambil peranan aktif di dalam Temurapat ini.
Pada petang 24 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi saya dengan nada cemas dan menyatakan hasrat beliau untuk melarikan diri daripada rumah kerana bimbangkan keselamatan diri beliau. Saya dengan tegas menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian.
Walau bagaimanapun pada jam 2.00 pagi 25 Februari 2012, beliau telah menghubungi saya memaklumkan bahawa beliau sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan.
Saya telah mengenali pasangan suami isteri ini sejak lebih setahun lalu semasa wanita itu bersama keluarganya mengikuti rombongan umrah saya. Pasangan suami isteri ini sering berhubung dengan saya bagi mendapatkan nasihat mengenai masalah keluarga yang mereka hadapi termasuk kes keganasan rumah tangga. Di dalam usaha membantu pasangan ini, saya dan isteri pernah menziarahi keluarga ini di Rompin.
Di atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, saya membantu beliau mendapatkan bilik penginapan. Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya. Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa.
Lelaki-lelaki bersikap ala samseng ini berhenti memukul saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka. Namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tiba dan menahan saya yang berseorangan di dalam bilik.
Kenyataan Timbalan Pengarah JAIP bahawa saya ditahan oleh pegawai JAIP ketika berkhalwat adalah tidak benar sama sekali. Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya. Saya hanya dipanggil untuk membantu siasatan JAIP pada 27 Februari 2012. Saya akan hadir bersama peguam untuk memberi kerjasama penuh kepada siasatan ini.
Dengan penjelasan ini, saya berharap semua pihak menghentikan tohmahan dan fitnah terhadap saya. Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang membuat tuduhan dan fitnah terhadap saya.
Dr. Badrulamin Bahron
Sumber: Ameno World
Nota Kaki: Meh kita tengok hasil daripada siasatan pihak JAIP dan pihak berwajib. Jangan lah memandai-mandai buat spekulasi itu ini. Siapa pun yang bersalah mesti di ‘hukum’.
Incoming search terms:
- ustaz badrul amin
- ustaz badrul amin khalwat
- ustaz badrulamin
- badrulamin khalwat
- USTAZ badrulamin khalwat
- isu badrul amin
- isu ustaz badrul amin
- ustaz badrul amin berkhalwat
- ustaz badrul
- khalwat ustaz badrul amin
Related posts:
yg dok bagi komen2 ni mcm dah tak ingat dosa pahala ni, aku nak tanya je..
1. Confirm ke dia berdua dalam bilik…atau dengar cerita saja?
2. yang dok komen ni ada ke masa tu di tempat kejadian dan tahu a-z apa yg berlaku?
3. Komen2 yg yg berdasarkan fakta yg salah ni..tak menjurus kpd fitnah ke kalau tak betul? Kalau betul pun, cuba check hukum mengata.
4. Cuba berdoa banyak2 agar benda ni tak jadi kat kita, sedara mara atau adik beradik.
Aku tak tau betul ke tak betul ke apa y berlaku…tapi aku memilih utk berdiam diri dari bagi komen atas apa yg berlaku sebab aku tak tau apa2 pun. Cuma yg seronok dok komen tu…bawak mengucap banyak2.
[Reply]