
Ihsan google
Astagfirullah, MJ usyah-usyah youtube tadi dan terjumpa satu video ni. Memang sedih bila tengok video tersebut. Sampai air mata ni hampir-hampir mengalir.
Ada anak seperti itu yang melakukan perkara sedemikian terhadap ibunya. Sudahlah di maki, di herdik, selepas itu ditinggalkan sahaja di tepi jalan tanpa belas kasihan. Usyah video bawah ini.
dibawah ni penerangan buat video ni yang diambil dari sumber youtube(yang mengupload) video ini:
Sepasang suami isteri bertindak memarahi dan memaki hamun ibunya hanya kerana ibunya berasa takut akibat kereta yang dinaiki mereka perlu menyusuri bukit untuk ke bengkel berkenaan.
Ibunya yang nekad keluar dari kereta itu dimarahi depan khalayak ramai sehinggakan wani…ta tua itu menggigil dan menangis ketakutan dan tidak dihiraukan anak mereka. Malah, pasangan suami isteri itu mencerca dan meninggalkan wanita tua itu bersendirian setelah kejadian itu dileraikan anggota polis yang bertugas berdekatan dengan tempat kejadian.
Akhirnya, wanita tua berkenaan dibawa ke balai polis berdekatan oleh seorang peniaga yang berjaja di kawasan itu. Orang ramai yang menyaksikan drama ‘anak derhaka’ berkenaan, terkesima dengan tindakan pasangan suami isteri itu sehingga ada yang merakam kejadian terbabit dan melahirkan rasa tidak puas hati dan marah dengan tindakan pasangan suami isteri itu Hanya kerana ibunya takut, terus habis dimakinya.
Sepatutnya jika ibu itu takut, tugas anaklah yang sepatutnya menemaninya dalam kereta. Pasti hati si ibu akan tenang kembali. Ingat, kita cuma ada seorang sahaja ibu di dunia ini. Jangan sampai apabila ibu sudah tiada, barulah kita hendak menangis. Si anak dan menantu ini cukup berlagak (dah hidung tinggi mendongak langit)… walhal belum pakai BMW atau Mercedes MayBach.
Dia lupa ke yang kalau tiada ibu dia, matahari pun dia tidak akan lihat? Bininya itu sepatutnya meredaka keadaan… ini tidak, sepertinya 2 x 5 ! Sayu betul tengok si ibu ditinggalkan sebegitu rupa. Rasa sebak pun ada bila melihat badan dan tangan ibu tua itu menggigil ketakutan kerana di marahi oleh anak sendiri di hadapan khalayak ramai (cuba lihat betul-betul semasa si ibu tua ini menggigil pada minit 1:22).
Dah tengok? Ya Allah, teruknya. Entah apa salah mak cik itu sampai diperlakukan sedemikian. Anak ini derhaka bila buat ibunya begini.. Allah.. Andailah semasa ibu tersebut menangis, dia berdoa atau mengatakan bahawa anak itu derhaka maka tidak cium bau syurgalah anak itu..
Nota kaki : Janganlah kita buat begini kepada kedua ibu bapa kita, sesungguhnya seteruk mana pun mereka, mereka juga yang telah menjaga dan mendidik kita sejak kecil hingga dewasa. Berikanlah kasih sayang anda selagi masih berpeluang.
Incoming search terms:
- anak buang ibu bapa
- kerana dya
- video anak derhaka kepada ibu
- kisah sedih anak derhaka
- video anak durhaka kepada ibunya
- ibu ditinggalkan di tepi jalan
- drama ibu dan anak
- Cerita sedih anak derhaka ibu
- cerita sedih anak buang bapa
- cerita anak yg durhaka kepada ibunya

{ 3 comments… read them below or add one }
sampainya hati
mmg xptut memaki hamun ibu sendri di khalayak ramai….dya lupa klw bukn kerana ibu dya dya xkn ade kat dunia ni….suatu ari nnt Allah akn tunjuk anak dye sndri akn wat bnda yg sama pada dya bru dya tau kn…..hargai dan sayangila orang tua kita slgi dowang masih hidup….i love my parents…
Hi, i was reading and…memang teruk. Banyak ibu dibuang anak and i betul sebak when i watch it. I know how the old lady felt. 3tahun lalu saya mempunyai anak lelaki yg memgikut saya ke kiri and kanan and now not only he left me to stay with my ex but when i call him/email tak pernah dijawab. Yang sedihnya saya telah ke kampusnya kerana rindu sangat. Saya di maki hamun…semua perkataan yang tidak pernah saya dengar keluar dari mulutnya. Semua kanak kanak lain berdiri dan menonton drama tersebut. Last word from him ‘dont you ever come to see me again. You are not my fxxxxxg mother. Saya malu dan terus beredar dari situ. Those last word still in my head. And in jan he will be 20 years…. So nothing suprises me anymore. I think about him every minute.