Cukai 6 Peratus Untuk Setiap Pembelian Tambah Nilai (TOPUP)

  • Sharebar

Cukai Enam Peratus(%) Setiap Topup Dan Permulaan Prabayar/Pek Sim 

Pembelian tambah nilai prabayar dan permulaan prabayar/pek SIM bagi semua syarikat telekomunikasi akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus, berkuat kuasa 15 Sept.

Pelanggan prabayar akan dimaklumkan melalui SMS bermula tengah hari ini mengenai cukai perkhidmatan ITU, demikian menurut industri syarikat telekomunikasi Malaysia dalam kenyataan bersama di sini Khamis. Para pelanggan juga boleh merujuk kepada laman web syarikat telekomunikasi masing-masing untuk maklumat atau menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan sekiranya mereka mempunyai pertanyaan lanjut.

Syarikat telekomunikasi itu berkata cukai perkhidmatan merupakan cukai penggunaan dan boleh dikenakan kepada pelanggan sebagaimana yang disediakan dalam perundangan cukai perkhidmatan.

 

Akta Cukai Perkhidmatan 1975 memerlukan syarikat telekomunikasi mengenakan levi cukai perkhidmatan pada kadar tertentu terhadap perkhidmatan telekomunikasi, termasuk perkhidmatan prabayar mudah alih.

Ini sama seperti cukai perkhidmatan yang dilevi terhadap pembelian makanan dan minuman daripada restoran dan hotel.

Cukai perkhidmatan terhadap prabayar bukan baru kerana syarikat telekomunikasi telah menyerapnya bagi perkhidmatan prabayar mudah alih sejak pengenalan pada 1998.

Langkah yang diambil adalah bagi memastikan perkhidmatan prabayar mudah alih kekal kompetitif berbanding pasca bayar, memandangkan kadar prabayar tinggi bagi panggilan dan SMS pada permulaan.

Dengan kadar prabayar berkurangan sejak bertahun, ia kini ditawarkan pada kadar yang amat kompetitif.

“Dengan cukai perkhidmatan enam peratus terhadap perkhidmatan prabayar, seorang pelanggan yang membeli tambah nilai RM10 perlu membayar RM10.60, dengan 60 sen sebagai cukai perkhidmatan,” kata kenyataan itu. – BERNAMA

Nota Kaki: amacam? best ke? apa korang rasa yang taknak amik tahu pasal dunia politik? apa korang rasa still best dapat kasi 60 sen free kalau korang topup rm10? heheh seronok kan? ini berlaku akibat anak muda or orang tua yang tak ambil tahu dan endah tentang dunia MALAYSIA ni.. lama-lama kita punya harta dok kena rompak ja lagu ni… perghh !!!!!!!!! *memang nak suruh kawan-kawan ubah undi la lepas ni..*

Related posts:

  1. Projek Email 1Malaysia 50Sen Untuk Setiap Satu Email?
  2. Rais Yatim Letak Jer Lah Jawatan.
  3. RM1.8 juta… untuk laman Facebook?
  4. Tulis jer!- Tips untuk Hilangkan Trauma.

About admin

Seorang Belia yang inginkan kejayaan melalui bidang sharing menyaring ni. Seorang yang optimis dan berjiwa kental.
Bookmark the permalink.

Baca jer? Comment La pulak~

3 Responses to Cukai 6 Peratus Untuk Setiap Pembelian Tambah Nilai (TOPUP)

  1. junjun says:

    diveli? *failed

    [Reply]

  2. tonah says:

    mak aih 6 percent tu~
    tonah recently posted..Maen ketuk ketuk ea~My Profile

    [Reply]

  3. zuan says:

    ada +ve dan -ve prkara ni
    zuan recently posted..> Dia Punca Aku BlogMy Profile

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge