Tanda-tanda seorang perempuan ‘Meminati’ anda..

by admin on 22/08/2011

  • Sharebar

Gambar hiasan jer*

1)”Dia Tidak Senang Duduk”
Sesetengah wanita biasanya akan menunjukkan petanda awal yang tidak begitu jelas dan kemudian mengharapkan anda untuk mengambil alih peranan seterusnya. Jika anda berjaya mengesan petanda ini, hanya sedikit usaha mampu membuahkan hasil kerana ‘pintu’nya telah terbuka untuk anda. Biasanya tanda-tanda awal ini ditunjukkan dengan berjalan mundar-mandir di belakang anda atau tidak sengaja terlanggar bahu sambil menjeling manja. Walaupun dia sekadar mengatakan ‘Maaf!’, itu adalah petanda yang perlu diberi tindakan segera.

2) “Tunjuk Minat”
Sewaktu berbicara dengannya, walaupun anda memperkatakan hal tidak munasabah, dia masih memberi komen membina. Setiap isu yang anda timbulkan mendapat sokongan daripadanya. Sama ada anda memang pandai berbicara atau dia menaruh minat mendalam terhadap anda. Lebih jelas lagi jika dia memainkan rambut sambil tersenyum manja setiap kali berbicara. Jika anda kurang yakin dengan maksud tersirat yang cuba disampaikan, dapatkan pandangan rakan yang ada bersama anda.

3) “Anda Diperkenalkan Kepada Rakannya”
Bermakna anda telah diterima masuk dalam kehidupannya. Salah satu sebab anda diperkenalkan adalah untuk memberitahu rakan-rakannya: ‘Ini aku punya’, dan satu lagi sebab ialah untuk mereka menilai diri anda. Jadi pastikan anda turut mengambil hati rakan-rakannya, namun jangan sampai dia cemburu.

4) “Dia Men’jual’ Dirinya”
Jika percakapan atau gerak lakunya menunjukkan seperti dia sedang mempromosikan aset dan kelebihannya, bermakna anda sedang diberi petunjuk jelas olehnya. Secara tidak langsung dia ingin membuatkan anda terasa yang dirinya berbaloi untuk dimiliki.

5) “Bersikap Terbuka”
Biasanya wanita tidak akan mendedahkan terlalu banyak maklumat tentang peribadinya. Hanya jika dia betul-betul berminat dan percayakan anda barulah segalanya akan diceritakan. Anggaplah ia sebagai petunjuk utama tentang keinginannya, terutama jika perihal jenama pakaian dalamnya juga turut diceritakan.WOW!

6) “Membayangi Anda”
Bukan membayangi seperti mengatasi diri anda, tetapi menjadi seperti bayang-bayang anda. Ke mana sahaja anda pergi, pasti dia akan mengikuti anda. Dia juga menunjukkan minat mendalam terhadap percakapan anda walaupun tiada kena mengena dengan dirinya. Dia sebenarnya sedang lemas dengan keinginannya untuk mendampingi anda. Berikan dia ruang untuk menunjukkan kemahuannya agar tidak ‘lemas’ lagi.

7) “Anda Diajak Ke Tempat Lain…”
Dia ingin meluangkan masa yang lebih privasi bersama anda. Mungkin untuk berkenalan dengan lebih lanjut atau untuk meluahkan perasaanya terhadap anda. Kata-kata manis dan bicara anda bukan lagi soal utama baginya. Anda menjadi pilihan utama sebagai teman lelaki baginya.

sumber:darxniq.com

Nota Kaki: hahaha. kang ada yang perasan kang.. MJ tak tanggung kalau fakta ni salah.. hahahhaa

Incoming search terms:

  • tanda perempuan merajuk
  • petanda lelaki meminati wanita
  • Tanda lelaki meminati wanita
  • tanda wanita meminati lelaki
  • tanda wanita merajuk
  • tanda wanita meminati anda
  • tanda-tanda perempuan merajuk
  • tanda tanda perempuan merajuk
  • tanda-tanda seorang perempuan pendiam meminati anda
  • tanda tanda wanita meminati seorang lelaki

{ 7 comments… read them below or add one }

Pejuang Kesenian Extreme August 22, 2011 at 4:28 pm

Tapi Bro..
kalau perempuan jenis pemalu sangat..
Semua tanda2 kat atas ni memang tak ada..haha
Serius,aku pernah kena..
Pejuang Kesenian Extreme recently posted..Download Lagu Raya Pilihan PKEMy Profile

Reply

fattah August 23, 2011 at 12:59 am

wahh..awek aku tu.. heliza…

tapi.. itulah popuan..sukar nk dijangka..
fattah recently posted..Tahukah anda di sebalik jari-jemari anda, ada maksud tersirat..?My Profile

Reply

Blacklisted August 24, 2011 at 6:23 pm

tak…
kesian betul perempuan yang sebegitu…
seolah-olah terlalu murah…
terutama yg last tu… boleh pulak dia nak ajak ke tempat lain…

Reply

Joe August 27, 2011 at 2:00 pm

tuu ..heliza helmi ..

Reply

miss...roses October 5, 2012 at 8:56 pm

untuk pengetahuan kaum lelaki….saya ni sbgai perempuan merasakan fakta ini salah….n….klu ada pun itu segelintir…yang majority nya tidak…..haha…

Reply

pak lang kota October 6, 2012 at 4:42 pm

tapi ciri2 suma kat atas tu cam bohsia je….. mana ada awek muslimah nak buat camtu….

Reply

Danial October 7, 2012 at 3:11 pm

Boleh pula macam 2….
Yang last kali 2 memang prempuan 2 nak masuk minang la tu..

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: