
Amnesty International hari ini menggesa Perdana Menteri Britain David Cameron dan Pope Benedict supaya tidak membentangkan ‘permaidani merah’ kepada Datuk Seri Najib Abdul Razak kerana layanan buruk dan tindakan kejam kerajaan pimpinannya terhadap perhimpunan Sabtu lalu.
Menurut badan hak asasi dunia itu, Cameron (kanan) khususnya perlu memberitahu Najib yang bakal dalam rangka lawatan empat hari ke UK bermula hari ini bahawa pencabulan hak asasi seumpama itu tidak dapat diterima.
Hujah Amnesty berdasarkan beberapa laporan, gambar, video yang terus disebarkan oleh pelbagai pihak memaparkan polis memukul, menendang dan melepaskan gas pemedih mata secara terus ke arah rakyat yang berhimpun secara aman menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.
“Kerajaan Britain tidak harus memberi ganjaran keganasan itu dengan membentangkan permaidani merah kepada perdana menteri Malaysia,” kata Timbalan Pengarah Amnesty International bagi Asia Pasifik, Donna Guest.
“David Cameron seharusnya memberitahu Perdana Menteri Najib bahawa pencabulan hak asasi manusi terhadap penunjuk perasaan yang aman tidak boleh diterima.
“Kerajaan Najib mengasari ribuan rakyat Malaysia yang bertindak melaksanakan hak mereka untuk menunjuk perasaan secara aman,” katanya.
Ramai dikasari
Selain menahan peserta perhimpunan, pihak keselamatan turut melepaskan gas pemedih mata secara terus kepada orang ramai dan dalam kawasan hospital sebagai usaha menggagalkan perarakan ke Stadium Merdeka.
Malah Guest berkata ramai peserta yang telah dikasari.
“Terdapat rakaman video di YouTube menunjukkan anggota polis berpakaian preman menendang seorang peserta yang terbaring di atas jalan sementara polis yang berpakaian seragam hanya melihat.
“Pihak keselamatan juga menembak gas pemedih mata terhadap peserta perhimpunan termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah tercedera dan Khalid Samad (ahli parlimen Shah Alam) yang turut mengalami kecederaan,” katanya.
Selain itu, kata Guest, beliau juga berharap pihak Vatican dapat memberi tekanan kepada Najib supaya menghormati hak asasi manusia ketika Najib melawat Rom minggu ini.
Pada perhimpunan BERSIH 2.0, 1,667 telah ditahan termasuk pimpinan Pakatan Rakyat.
Bagaimanapun semua mereka dibebaskan dengan jaminan polis dan Peguam Negara akan menentukan tindakan ke atas mereka.
“Penggunaan keganasan oleh pihak keselamatan secara berlebihan ini sepatutnya tidak perlu kerana ia akan menakutkan rakyat,” kata Guest lagi.
sumber: Malaysiakini
Incoming search terms:
- najid gilo barang naik
- pencabulan hak

{ 14 comments… read them below or add one }
bt0L3…
the truth that cannot be covered bak kata vide0 lam utube tu…
nmpak sngt..
media pulak semua da dibeli..
rakyat dh makin celik
xmcm dlu2 dh…
jgn ingt rakyat senang ditipu..
nape perlu sebar2 kan smpai ke luar ngra isu ni.
jgn buka aib ngra sendiri..ni point utama ngra barat!
truk la… negara luar pun mnyokong prhimpunan ni.. mcm ada udang d sebalik batu ja..
yg internatianal mau sibuk2 ni napa pula??? tak sedar diri.. DURANG MEMBUNUH BERIBU-RIBU ORG YG TDAK BRDOSA D PALASTEIN TDAK PULA HEBOH2.. TDAK PULA D HALANG.. SHAME ON THEM..
udang sebalik batu?bkan la…xtau ke, perhimpunan bersih ni bkan ade kt malaysia je…tmpat2 lain kt luar negara pun ade jgak, tjuan utama hanya nk menuntut pilihanraya yg bersih drpada rasuah dan politik kotor..bkannye perhimpunan utk melaga-lagakan rakyat…
bukan soal diorang sibuk ke apa ke. soalnya, kenapa nak selindung kekejaman kat negara sendiri ni? biarlah diorang ni pembangkang ke apa ke. diorang ni bukan rakyat malaysia jugak? kenapa nak layan macam musuh negara? tak perlu tengok palestin sana kalau dalam negara sendiri pun lagi teruk. harap2 terbukalah minda masing2.
sudah lah ! klu smpai luar negare pn da bnci dgn rejim ko give up je lah . x pyh nk tamak sgt dgn kuase tuh .
ala mane2 kerajaan pun same…ape ingat kerajaan2 barat tu semuanya baik2 sgt ke? diaorg tu lg kejam…kalau ade ape2 perhimpunan pun polis2 diaorang akan belasah2 org ramai jugak same je nak kate kt negare org konon…chait pirah la vatican mcm harah jadah kita sendiri pun ade belajar sejarah mcm mana pihak gereja sentiasa menipu dan menindas rakyat eropah semasa zaman gelap, ini apatah lagi dunia! haram jadah punya pope!
firstly i’m gonna say wow! ade baik ade buruk.
baiknya,hak asasi bersuara kita dapat,tanpa keganasan .. tak perlu sepak2 rasenya,tak perlu kasar2..buruknya ialah jatuhkan maruah malaysia .bukan senang nak handle negara.. it DOUBLE STANDART
erkkk..ak rase negara luar lagi teruk tindakan die buat dekat org islam dekat sana kena pukul, kene rejam..macam tahanan teluk guatamala satu ketika dulu..gile ke hape dorang ni..hal kicik saje..yang dorang sebok2 nak adakan perhimpunan tu sape suruh..nak sokong anu anuar ke? gilo la..balik rumah jage makan minum anak bini sudeyh..kate inflasi la harga barang naik la..belanja macam org kaya..bile kerajaan bagi bantuan puji..bile tak dapat bantuan keji..pirahhh..semua otak kurang cerdik..pentingkan diri sendiri semua ni..x bersyukur langsung la…
ni sume propaganda kristian utk mnghancurkan umat Islam…..fkir2 lah kwn2 ku…..jgn smpai negara kita dijajah blik…
hahaha,,seminggu je lepas PM datang sana,terjadinya rusuhan yang polis dorg lagi ganas..kalau pM uk datang jangan bagi karpet merah..cakap tak serupa bikin.
geram pulak aku tengok org putih ni…..macam baik sangat nk cakap pasal hak asasi,,,tak tahu yang dia lagi bnyak lakukan keganasan lagi nk nasihatkan orang…mesti ada propaganda ni,,,,..
betul tu apa yg kau dpt bg tahu negara barat dlm kain senderi
giler arh.. bapak kristian kafir harbi pope bene-dick pon sokong bersih n hentam najib… tp kalo sekutu israel molest hak asasi manusia kat palestin xde plak nk sekat… tp pleknye sume pergaduhan negara islam dorg support… anyway!! syabas bersih!!! syabas rakyat malaysia yg berjuang mem-BERSIH-kan segala YG KOTOR!!