‘Larangan polis tak sah, langgar perlembagaan’-Bersih 2.0

by admin on 27/06/2011

  • Sharebar

Pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari berpendapat tindakan pihak polis malarang perhimpunan BERSIH pada 9 Julai depan bukan sahaya tidak sah, malah melanggar perlembagaan.

“Mereka bertindak secara tidak sah apabila secara umum memaklumkan tidak akan mengeluarkan permit.

“Sebagai pihak berkuasa awam, mereka hanya boleh membuat keputusan apabila permohonan dibuat,” kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa itu kepada Malaysiakini.

Abdul Aziz (kanan) menjelaskan, bawah perlembagaan, polis perlu menimbangkan setiap permohonan permit dan tidak patut membuat sebarang pertimbangan tidak wajar.

Beliau berhujah, polis membuat penghakiman awal berhubung perkara itu dan sekali gus menentang undang-undang.

Paling teruk apabila ia bertentangan dengan hak yang dijamin dalam perlembagaan.

Katanya, mengikut Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Perskutuan, polis tiada sebarang hak melarang perhimpunan aman yang dijamin.

“Hatta mahkamah juga tidak boleh melakukannya,” kata pensyarah undang-undang itu.

sumber: Malaysiakini

Nota Kaki: haih! pelik juga ngan PDRM ni, macam tak tahu undang-undang lak? padahal diorang sendiri yang duk kuat kuasakan undang-undang kan?

{ 3 comments… read them below or add one }

yana nanako June 27, 2011 at 7:26 pm

dunia oh dunia =,=

Reply

hamba Allah June 30, 2011 at 6:47 pm

kesian tgk polis2.. ada sesetengah polis tak nak buat pun benda2 ni.. dah tugas. aku teringin nak tgk ada yg polis berani lawan menentang polis2 ikut arahan tak betul ni. perbetulkan balik apa yg silap. malaysia skrg dipimpin pemimpin yg korup, nepotisme & kronisme. undi nanti buat lah pilihan yg bijak, bukan apa untuk anak cucu kita nanti.. mereka dah terlalu lama pegang sampai jadi tak betul dah skrg. Ya Allah selamatkan lah Malaysia.

Reply

lala August 1, 2011 at 1:49 pm

hmmm… sbnarnya , kalo dilihat dari aspek bersih , dorang akan ckp nie himpunan aman , so undang2 di atas bley ditrima pakai. tpi kalo polis , maybe dorang trima arahan yang nie adalah perhimpunan haram . so dalam undang2 polis sbarang prhimpunan haram adalah dilarang dan mesti dileraikan .

bukan polis xtau undang2.. cuma masalah timbul apabila tiada kayu pngukur untuk mgatakan bhawa perhimpunan nie adalah aman atau haram ? tuh yang buat konflik antara bersih , dan polis yang mnerima arahan dari pihak atasan.. huhu…

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: