
RON 97 Naik 20 Sen Tengah Malam Ini (Jumaat)
PETALING JAYA: Harga petrol RON 97 sekali lagi dinaikkan dan kali ini sebanyak 20 sen – menjadikan harganya RM2.70 seliter selepas tengah malam Jumaat.
Harga RON97 sekarang ialah RM2.50 seliter.
Kali terakhir ia dinaikkan ialah pada 4 Januari lalu iaitu sebanyak 10 sen. Sebelum itu ia telah pun mengalami kenaikan iaitu sebanyak 15 sen pada 1 Disember tahun lalu -menjadikan harganya mencecah paras RM2.30 seliter dan kemudian RM2.40 seliter mulai awal Januari.
Bagaimanapun, harga minyak petrol RON 95 kekal pada paras RM1.90 seliter.
RON97 kini tidak lagi dikawal oleh kerajaan dan diapungkan mengikut harga pasaran. Walaupun ia tidak lagi di bawah kawalan kerajaan, namun kerajaan masih memberi subsidi antara 17 sen hingga 18 sen seliter.
Semalam (Khamis) dalam pertemuan dengan pengarang-pengarang kanan media, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan tidak berhasrat menaikkan harga petrol RON95 pada waktu terdekat ini walaupun berlaku kenaikan harga minyak global.
Katanya, tahun lalu sahaja jumlah subsidi yang ditanggung oleh kerajaan untuk petrol dan diesel sahaja mencecah RM7.61 bilion.
Untuk tahun ini katanya, jumlah itu dianggarkan mencecah RM10 bilion dan mungkin akan naik kepada RM14 bilion seandainya kerajaan pertahankan harga RON95 pada paras sekarang untuk tempoh sepanjang tahun.
sumber: Mstar
Nota Kaki: alah! 20 sen jer pun naik, dari rm2.50 jadi rm2.70 kan? memang best la minyak naik! terbaik! selaku pengguna minyak ron97 saya MJ sangat berterima kasih kepada kerajaan! TQ! Love you! “rakyat didahulukan pencapaian diutamakan!” inilah dia kan??
Nota di dalam Nota: selepas ini tolong berjimat sikit dalam apa jua keadaan. (ditujukan untuk sang pemerintah)
{ 6 comments… read them below or add one }
xtau la..minyak negara kte bnyk..bknnk gne kn utk negara..sebaliknyadijualkn ke negara lain..haizzz!
bodoh! tau nak merungut je…tak tau ke tu kire murah dah…korang ingat gali minyak tu harga nye 50sen ke? kos utk memproses, mengali, mencari dan menyediakan peralatan serta jentera2 memakan trilion dolar…tak pun diorang merungut? ni harga minyak naik dah merungut…tau ron97 mhl, gune le ron95…tak pun jalan kaki…
setiap undian membawa padah
hurm…
don’t know what else to say…
asyik naik jer..
MJ !!! tu kan gambar ron 95 ?? ekekekee
Ek eleh..bila harga naik je salah kn kerajaan…padhal harga minyak mengikut harga global…bersyukur jelah…